Petunjuk Al-Quran Al-Sunnah Berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas
Petunjuk Al-Quran Al-Sunnah Berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas
Kebatilan Dan Kemungkaran Berzanji & Perayaan Maulid Nabi
Kebatilan Dan Kemungkaran Berzanji & Perayaan Maulid Nabi
Hanya Islam Bukan Wahhabi
Hanya Islam Bukan Wahhabi

WAHHABI! WAHHABI! WAHHABI! APA KATA UTHMAN EL-MUHAMMADY DAN APA ULASAN USTAZ RASUL BIN DAHRI

E-mail

Wahhabi Wahhabi Wahhabi apa kata Uthman El-Muhammady dan apa ulasan Ustaz Rasul bin Dahri

Download

Kerancuan pemahaman Uthman El-Muhammdy dalam memahami antara fiqh asy-Syafie dan mazhab as-Syafie amat ketara setelah para pembaca meneliti isi kandungan buku ini.   Kegetiran dan ketidakupayaan Uthman El-Muhammady menghadapi apa yang dituduh sebagai golongan Wahhabi, menjadikan beliau mudah membuat tuduhan bahawa Wahhabi ekstrem.  Beliau menyebar fitnah bahawa Fahaman Wahhabi berjaya menggulingkan kerajaan Uthmaniyah dan wajar menjadi peringatan kepada Negara ini

Uthman El-Muhammady serkap jarang, belum meneliti sejarah Hijaz secara fakta ilmiyah dan masih gelap sejarah terutamanya yang berkaitan dengan sejarah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab.  Semoga beliau diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah  dan tidak menjadi bahan ketawaan umat kemudian hari kerana kesilapannya menuduh sembarangan tentang Wahhabi.   Buku kecil ini berupa bidasan terhadap kenyataan Uthman El-Muhammady di dalam akhbar Berita Minggu Ahad 22 November 2009.

 

 

Siapa Salafi?

SIAPA  SALAFI?

           Setelah kita menyedari bahawa Allah Ta’ala dan NabiNya Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah mengkhabarkan, malah menetapkan bahawa para salaf terutamanya mereka yang terdiri dari para sahabat, tabi’in dan para tabi’i at-tabi’in adalah merupakan umat yang termulia kerana mereka semua berada dikurun yang terbaik.  Maka sewajarnya kita semua kembali kepada manhaj mereka (manhaj salaf) yang selamat lagi terjamin.  Kerana hanya layak dikatakan seseorang itu salafi setelah ia faham dan berittiba’ atau berada di atas manhaj (mazhab) Salaf as-Soleh. 

Read more: Siapa Salafi?

 

Manhaj Salaf

MANHAJ AS-SALAF

 
          Manhaj salaf bukanlah suatu rekaan (dongengan) yang diada-adakan oleh pendahulu umat ini. Ia tertulis dalam al-Quran, hadis-hadis sahih dan di dalam syair -syair Arab. Manhaj Salaf adalah metodologi yang benar-benar dapat menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak umat Islam sejak zaman awal sahabat sehinggalah keakhir zaman. Kerana sesungguhnya manhaj salaf adalah manhaj yang dititi, dipegang dan digigit dengan gigi geraham oleh para sahabat, tabi’in, tabi’ut at-tabi’in serta mereka-mereka yang mengikut jalan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Manhaj ini adalah manhaj yang paling selamat. Oleh itu ia wajib dipelajari, diketahui, difahami, dibela (disokong) dan menjadi mazhab setiap orang-orang yang beriman kepada agama Islam.  

Read more: Manhaj Salaf

   

Wajib Ittiba kepada Manhaj Salaf

WAJIB  BERITTIBA’ KEPADA  MANHAJ  SALAF

 

Wajib berittiba’ kepada manhaj salaf terutamanya dari kalangan para sahabat  kerana mereka golongan yang sangat berwibawa.  Terkenal dengan kehebatan sahsiah, kebaikan budi-pekerti, kemuliaan akhlak dan Allah menganugerahkan mereka dengan kesempurnaan iman yang tidak dapat ditandingi oleh sekalian manusia. 

Read more: Wajib Ittiba kepada Manhaj Salaf

   

free counters

Pengumuman

Dauroh Ustaz Rasul di Tanjung Pinang
Pada 13 Dis'09.
Kami akan berangkat bersama Ustaz pada 12 Dis'09.
Kami akan berada di sana pada 12 & 13 Dis'09.
Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kami, hubungi Saudara Isa 92354147 & Saudara Supaat 92328941

Dauroh di Woodlands Point
Pada 27 Dis 2009
Tajuk: 10 Perkara Pembatal Amal.
Jam 10.00 pagi - 04.00 petang

 
Maktabah
Your Cart is currently empty.

Untuk mengikuti kajian Paltalk
Sila gunakan Internet Explorer
Jadual Kajian ImamSyafie
Selasa 9.00mlm
Rabu 9.00mlm
Khamis 9.00mlm
Jumaat 9.00mlm
Sabtu 9.00mlm
Ahad 8.30mlm
Isnin 8.30mlm
Jadual ini tertakluk perubahan.
Yang Benar Syafie